Tuesday, 21 June 2011

Perniagaan yang Menguntungkann - BerZIKIR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOF9gfQGfmTpNhmQsaWcgmm2LVs5KmmvmoWuZuGMb0G5HSqvqZ6Da3-1BOmb-S0FgHgA2XIi5hR1_3MegsvizVrBpqE98mxq9lfiVdlKrbw-2mgc_T6To7QIBtkP34qOui_zeS-Cg2irMi/s1600/Perniagaan+yang+Menguntungkan..jpg




* AWASI DIRI DARI MEMPERSENDAKAN SUATU HUKUM AGAMA.

Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal 24)

Allah swt telah melebihkan Manusia dari semua Makhluk yang lain. Memberinya Keistimewaan nikmat Berbicara, dan menjadikan lidah sebagai alat berbicara tersebut. Nikmat Berbicara ini dapat digunakan pada saluran yang Baik ataupun Buruk. Siapa saja mempergunakannya untuk kebaikan maka akan menghantarkannya kebahagiaan Dunia & darjat yang tinggi di Akhirat, dan siapa saja menggunakannya selain untuk itu, maka akan membawanya kepada kecelakaan di Dunia & Akhirat.

Hari ini ramai lagi sebahagian besar saudara Islam kita yang masih jahil. Yang dimaksudkan Jahil ialah mereka yang belum tahu, belum faham akan tiap-tiap Perintah, Larangan yang telah ditetapkan Allah swt. Keadaan yang menghasilkan jahilnya seseorang itu akibat dari suasana cara yang diamalkan Pemerintah hari ini. Cara pentadbiranNya, cara Islam yang dizahirkannya melalui berbagai sudut. Seterusnya kelemahan para Pendidik, Pendakwah, Ibu Bapa dan tiap individu masyarakat lainnya.

Terasa sedih juga bila dilihat, dibaca, didengar di mana-mana ruangan Media masa, Interent dan sebagainya tentang keadaan mereka yang sewenangnya mengeluarkan kata-kata yang terus terang bercanggah dengan kehendak Islam yang sebenar dan mengelirukan lagi kefahaman masyarakat Islam dan bukan Islam dalam memahami Islam.

Keadaan hari ini sesuatu Hukum Agama apabila disembang, dijelaskan dan diperbincangkan sudah biasa dipermain-mainkan, diremehkan, dan dibelakangkannya. Berbagai alasan sering dikemukan dan dipersendakan oleh mereka yang tidak ingin melaksanakan apa-apa jenis perkara yang telah ditetapkan Allah swt. Hingga ramai juga golongan yang cerdik pandai turut sama mempertikainya mengikut kefahaman ilmu Dunia yang dipelajarinya, ilmu yang tidak disertai dengan panduan kitab Allah dan Hadis.

Justeru itu saya ingin berpesan dan mengajak pada diri serta saudara-saudara seIslam sekalian yang ada dikalangan cerdik pandai agar kita sentiasa berhati-hati mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan masaalah Agama. Benarkan tiap kata-kata itu pada kehendak Allah, bukan pada kehendak suasana yang menjamin pangkat, kedudukan, harta, dan bimbang dari dipecat.

Dan tidak sewenangnya mempermainkan, mempersendakan apa-apa perkara yang apabila ianya sudah jelas suatu Hukum Agama. Jika jahil pelajarilah, kenapa perlu menambahkan lagi dosa kita. Jika sudah tahu dan faham, kenapa perlu juga dikeluarkan alasan yang meremehkannya. Sama-sama kita renungi amaran, pesanan Nabi saw :

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat (Hr Bukhari)

Oleh itu marilah sama-sama kita memanfaatkan Nikmat Berbicara yang telah dikurniakan ini dengan perkara yang menguntungkan. Kita tinggalkan segala perkara yang membawa kepada dosa dan kecelakaan di Akhirat nanti, sebagaimana yang telah dijelas diatas. Masih sempat untuk kita pelajari, fahami dan memperbaiki segala kejahilan yang lepas. Seterusnya melazimkan mulut kita dengan sentiasa berzikir pada Allah swt. Jika kita sentiasa mengingati, mendekatkan diri dengan Allah swt, maka Allah swt juga akan mengahampirkan lagi jaraknya dengan Kita.

Disini dinyatakan sebahagian Dalil-dalil dari Quran dan Hadis tentang kelebihan, manfaat berzikir. Mudahan ianya dapat memberi keuntungan yang besar dimasa Akhirat nanti.

1. Sabda Rasulullah saw :

ألا أنبئكم بخير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها فى درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والورق وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ؟ قالوا بلى يا رسول الله. قال : ذكر الله عزوجل

Mahukah Aku khabarkan kepada kalian, Amal kalian yang terbaik dan tersuci disisi Penguasa kalian Allah, serta tertinggi dalam darjat kalian, juga lebih baik bagi kalian dibandingkan sedekah dengan emas dan harta, dan lebih baik dari kalian daripada bertemu musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian. Mereka menjawab : “ tentu ya Rasullullah ”. Beliau pun bersabda : Berzikir kepada Allah swt. (Hr Tarmizi, ibn Majah dan disahihkan oleh Albani)

2. Firman Allah swt :


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-R'ad 28)

3. Firman Allah swt dalam Hadis Qudsi :


أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه إذا ذكرني، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملأ ذكرته في ملأ خير منهم، وإن تقرب إلي شبراً تقربت إليه ذراعاً، وإن تقرب إلي ذراعاً تقربت إليه باعاً، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة.

Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku pada suatu kelompok maka Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik dari mereka. Jika dia mendekat satu jengkal kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu hasta kepadanya, jika dia mendekat datu hasta kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu depa kepadanya, jika dia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang dengan berlari. (Hr Bukhari)

4. Firman Allah swt :

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab 35)

5. Sabda Nabi saw :

سبق المفردون ، قالوا : وما المفردون يا رسول الله ؟ قال : الذاكرون الله كثيرا والذاكرات

Telah mendahului mufarridun. Para sahabat bertanya, “ Siapakah mufarridun itu ? Beliau bersabda : iaitu kaum Lelaki dan Perempuan yang banyak menyebut nama Allah. (Hr Muslim)

6. Sabda Nabi saw :


مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه مثل الحي والميت

Perumpamaan orang yg mengingati Tuhannya dengan orang yg tidak mengingati Tuhannya bagaikan orang hidup dengan orang mati. (Hr Bukhari)

7. Ibn Taimiyyah pernah berkata :
الذكر للقلب مثل الماء للسمك، فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء

Zikir itu dihajati, diperlukan oleh Hati. Umpama Ikan itu dihajati, diperlukan Air. Bagaimana akan jadinya keadaan Ikan yang terpisah dari Air ? Begitulah bagaimana akan jadinya Hati yang sunyi dari berzikir mengingati Allah swt. الوابل الصيب لابن القيم

Demikianlah telah dijelaskan kepada kita sebahagian Dalil-dalil fadhilat dan Perbandingan mereka yang sentiasa mengingati Allah dengan mereka yang tidak mengingatiNya. Seterusnya akan dijelaskan pula Zikir-zikir yang perlu untuk kita amalkan sepertimana yang diajar Nabi saw. Disini saya akan menyebut hanya sedikit sahaja. Yang diharapkan mudahan mulut kita sentiasa tergerak untuk melafazkannya walau dimana jua berada.

1. Sabda Nabi saw : Dua kalimah yang ringan di sebut lidah, berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu :

سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

Subhaanallaah wabi-hamdih. (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya). Subhaanallaahil ‘azhiim. (Maha suci Allah Yang Maha Agung). (Hr Bukhari Muslim)

2. Sabda Nabi saw : Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat : Subhaanallaah, Alhamdulillaah, Laa ilaaha illallaah dan Allaahu akbar.

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ.

Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut. (Hr Muslim)

3. Seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah saw lalu berkata : ‘Ajari aku zikir untuk aku baca!’ Rasulullah saw bersabda : Katakanlah :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ.

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah yang banyak. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

قَالَ فَهَؤُلاَءِ لِرَبِّيْ فَمَا لِيْ ؟ قَالَ : قُلْ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَارْزُقْنِيْ

Orang Badwi itu berkata: Kalimat itu untuk Tuhanku, mana yang untukku? Rasulullah saw bersabda : Katakanlah : Ya Allah! Ampunilah aku, belas kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku. (Hr Muslim)

4. Hari-hari Hidup kita pastinya ada berlaku kesilapan, keterlanjuran dari tiap sudut perbuatan, pertuturan, pendengaran dan penglihatan. Justeru itu perlu untuk kita membiasakan diri dengan sentiasa beristighfar kepada Allah swt. Nabi Muhammad saw yang maksum pun sentiasa tidak jemu beristighfar kepada Allah. Sabda Nabi saw :

وَاللهِ إِنِّيْ لأَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرُ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً

Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali. (Hr Bukhari)

Akhirnya, mudahan dengan kelaziman sentiasa berzikir mengingati Allah swt dimana tempat kita berada yang diiringi dengan penuh keimanan, keikhlasan & Cinta kepada Allah swt, akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa hidup dalam mengingati Allah swt pada setiap waktu dan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah swt dan mampu mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah swt.

* Contoh Dalil zikir diatas hanya sebahagian sahaja yang dipilih, masih banyak lagi Zikir-zikir yang lain yang diajar Nabi saw supaya kita mengamalkannya. Termasuk juga amalan wirid selepas Solat. Yang penting walaupun sedikit tetapi dilaziminya tiap-tiap Hari. Agar Hari-hari dan Saat-saat Hidup kita sentiasa berlalu dengan berzikir mengingati Allah swt.

* Perbuatan Solat, Membaca al-Quran juga dikira Berzikir (iaitu mengingati Allah swt) sebagaimana telah dijelaskan dalam firmanNya : “Dan dirikanlah Sembahyang untuk mengingati Daku”. (Taha 14)

* Walaupun dalam kesibukan dengan berbagai kerja Dunia, namun perlu dimanfaatkan dicelah-celah kesibukan itu dengan mengingatinya samaada dengan Menunaikan Solat-solat Sunat, Membaca al-Quran dan Berzikir. Mudahan kita terselamat dari digolongkan dari kalangan hambaNya yang lalai dengan urusan Dunia.

org islam WAJIB bertutur baik

 Orang Islam bertutur baik   Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang.Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkankita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkantimbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehinggaberlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakatIslam terus membenci bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai“paksi kejahatan.”
Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negaraIslam.
Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie mempersendakanRasulullah s.a.w dan ayat-ayat Allah sebagai ‘surah syaitan’. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yangpernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-katakesat, umpatan dan nista, Shahnon Ahmad telah meloyakan khalayak pembaca melalui perulangan kata-kata dalam novel Shit,dan pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan politik negara suatu ketika dahulu.
Mungkin kerana marah atau ada sesuatu yang terguris di hatinya, Shahnon Ahmad mungkin telah lupa bahawa Rasulullah s.a.wpernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotordan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.
Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah s.a.w sebagaicontoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.
Sebaliknya, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaanorang lain.
Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotorlidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu)kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.”
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentangdakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada NabiMuhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengankasut” dan “saya memukul dengan baju.”
Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalahRasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”
Daripada Abu Darda r.a. katanya:
“Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullahmenjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.”
Begitulah citra peribadi Rasulullah s.a.w, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalumenghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.
Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlahdaripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)
Dalam masyarakat Islam, tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.
“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.
Seseorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang mengheret kepada perbuatan dosa.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”
Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.
Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (An-Nahl: 25)
Daripada ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.
Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1.            Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2.            Sabar apabila mendapat kesulitan;
3.            Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4.            Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5.            Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6.            Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7.            Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8.            Jangan usil dengan kekayaan orang;
9.            Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;
10.        Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;
11.        Jangan tamak kepada harta;
12.        Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;
13.        Jangan hancur karena kezaliman;
14.        Jangan goyah karena fitnah;
15.        Jangan bekeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16.        Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.        Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.        Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.        Jangan sakiti anak yatim;
20.        Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.        Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.        Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.        Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24.        Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25.        Biasakan shalat malam;
26.        Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.        Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.        Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.        Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.        Jangan marah berlebih-lebihan;
31.        Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.        Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.        Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34.        Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35.        Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syetan;
36.        Jangan percaya ramalan manusia;
37.        Jangan terlampau takut miskin;
38.        Hormatilah setiap orang;
39.        Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.        Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.        Bersihkan harta dari hak-hak orang lain;
42.        Berlakulah adil dalam segala urusan;
43.        Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44.        Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45.        Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46.        Perbanyak silaturahmi;
47.        Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48.        Bicaralah secukupnya;
49.        Beristri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50.        Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51.        Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52.        Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
53.        Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54.        Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55.        Hormatilah kepada guru dan ulama;
56.        Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57.        Cintai keluarga Nabi saw;
58.        Jangan terlalu banyak hutang;
59.        Jangan terlampau mudah berjanji;
60.        Selalu ingat akan saat kematian dan sadar bahwa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61.        Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
62.        Bergaullah dengan orang-orang shaleh;
63.        Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64.        Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65.        Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66.        Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67.        Jangan membenci seseorang karena paham dan pendirian;
68.        Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69.        Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;
70.        Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
71.        Jangan melukai hati orang lain;
72.        Jangan membiasakan berkata dusta;
73.        Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74.        Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75.        Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76.        Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77.        Jangan membuka aib orang lain;
78.        Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
79.        Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80.        Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81.        Jangan minder karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
82.        Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83.        Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84.        Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85.        Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86.        Hargai prestasi dan pemberian orang;
87.        Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
88.        Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89.        Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90.        Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisik atau mental kita menjadi terganggu;
91.        Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92.        Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93.        Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu, dan jangan   berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94.        Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dicek kebenarannya;
95.        Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96.        Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97.        Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98.        Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tantangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99.        Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100.    Jangan sukses diatas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Keutamaan Orang Yang Berilmu

"Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(TQS. al-Mujadalah: 11)

Imam Ibnu Katsir, dalam Tasfsirnya Al-Qur'an al Azhim, Juz IV, hal 324, mengatakan bahwa Allah SWT dalam ayat ini mendidik kaum muslimin agar bersikap baik satu sama lain di dalam majlis. Janganlah satu sama lain mempersempit tempat duduk, sehingga seolah-olah yang satu menghalangi keberadaan dan kehadiran yang lain dalam majlis.
Majelis yang dimaksud dalam ayat di atas, sebagai asbabun nuzul (sebab turunnya ayat), menurut Qutadah ra., yang dikutip Ibnu Katsir adalah majelis dzikir di masa Rasulullah yang selalu dipadati kaum muslimin. Pada waktu itu, jika ada salah seorang dari kaum muslimin ingin maju ke depan, maka orang-orang menghalanginya. Lalu turun firman Allah yang melarang perbuatan mereka dan menyuruh mereka agar memberi kelapangan. Imam Az Zamakhsyari dalam tafsirnya Al Kasysyaf juz IV hal 479, mengatakan bahwa yang dimaksud dengan majelis itu adalah majlis Rasulullah yang selalu dipenuhi oleh kaum muslimin. Mereka senantiasa bersaing untuk mendekati Rasulullah karena sama-sama antusias mendengarkan pembicaraan beliau saw.

Buah Tawadlu
Dalam ayat tersebut Allah berfirman: "...lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu". Menurut Imam Ibnu Katsir, susunan pernyataan Allah itu menunjukkan bahwa pahala suatu amal shalih itu sejenis dengan amalan itu sendiri (tentunya dengan kualitas dan kuantitas yang lebih besar. Wallahu a'lam). Sebagaimana hadits Rasulullah saw: "Siapa saja yang membangun sebuah masjid karena Allah, niscaya Allah akan membangun sebuah rumah bentuknya di Surga".
Dalam hadits lain Rasulullah bersabda: "Siapa saja yang mendahulukan seorang yang sedang mengalami kesulitan (misal keuangan), niscaya Allah akan memudahkan dia di dunia dan di akhirat. Dan Allah senantiasa akan menolong hambaNya selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya".
Allah berfirman: "Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat".
Imam Az Zamakhsyari (ibidem), menukil pendapat Imam Ahmad yang mengatakan bahwa balasan berupa peningkatan derajat dalam ayat itu sesuai dengan amal yang bersangkutan. Sebab yang diperintahkan adalah melapangkan majlis agar mereka tidak saling berebut dan saling sikut untuk mendekati tempat yang tinggi di sekitar Rasulullah. Siapa saja yang tunduk dengan perintah Allah, berarti memberi kesempatan kepada orang lain untuk maju dan mengundurkan diri dari rebutan itu lantaran tawadlu' (rendah hati) dan taat kepada Allah SWT. Dan untuk memudahkan orang-orang berilmu bersikap tawadlu' Allah menjanjikan pahala pengangkatan derajat bagi mereka. RAsulullah saw bersabda: "Siapa saja yang bertawadlu' (bersikap rendah hati) karena Allah, niscaya Allah akan meninggikannya".

Keutamaan Orang Berilmu

Allah SWT telah menjanjikan dalam ayat tersebut bahwa Dia akan mengangkat derajat orang-orang mu'min yang tunduk kepada perintahNya dan perintah RasulNya. Dan secara khusus Allah menyebut janji itu untuk orang-orang yang berilmu diantara orang-orang yang beriman itu. Janji Allah SWT secara nyata menandaskan penghargaan Islam kepada ilmu dan orang-orang yang berilmu. Bahkan dalam ayat lain Allah memberikan penghargaan secara khusus kepada orang-orang berilmu dalam firmanNya: "Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (TQS. Az Zumar: 9)

Imam Az Zamakhsyari (ibidem) mengutip sejumlah hadits yang menunjukkan keutamaan orang-orang berilmu dari orang-orang yang tidak berilmu.
"Jarak antara seorang alim (orang yang berilmu) dan seorang abid (tukang ibadah yang tidak berilmu) adalah seratus derajat/tingkat. Jarak diantara dua tingkat itu adalah perjalanan kuda selama 70 tahun" (HR Abu Ya'la dan Ibnu Adi).

"Keutamaan seorang alim atas seorang abid bagaikan keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang" (HR Ashabu as-Sunan)

"Pada hari kiamat nanti ada tiga golongan yang akan memberi syafa'at, para nabi, lalu para ulama, lalu para syuhada" (HR Ibnu Majah, Abu Ya'la, Ibnu Adi, al Aqili dan al Baihaqi).

Kata Az Zamakhsyari, agungnya martabat orang-orang berilmu berdasarkan kesaksian Rasulullah adalah berada diantara para nabi dan para syuhada.
Imam Ibnu Katsir (ibidem), mengutip hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Abi Thufail Amir bin Watsilah bahwasanya Nafi' bin abdil Harits bertemu dengan Umar bin al-Khaththab ra di Asfan --waktu itu Umar telah mengangkatnya sebagai wali (gubernur) Makkah, lalu Umar bertanya kepadanya: "Siapa yang engkau serahi melaksanakan tugasmu di sana?" Abdul Harits menjawab: "Ibnu Abzy, seorang maula (mantan budak kami)". Umar bertanya, "Anda serahkan kepemimpinan kota Makkah kepada seorang maula?". Dia menjawab, "Wahai amirul mu'minin, dia ini seorang pembaca (qori') kitabullah dan alim tentang fara'idl" Lalu Umar ra berkata: Sesungguhnya nabi kalian telah bersabda: "Sesungguhnya dengan kitab Al-Qur'an ini Allah mengangkat (martabat) suatu kaum dan meletakkan yang lain".
Kini jelaslah bahwa ilmu menjadi sebab naiknya derajat seseorang, bukan nilai rapor, gelar-gelar akademis, ijazah atau sertifikat! Oleh karena itu, pantaslah Ibnu Mas'ud ra apabila membaca ayat ini beliau mengatakan: "Wahai manusia pahamilah ayat ini dan hendaklah ayat ini membuat kalian mencintai ilmu".